Terlibat kemalangan di NKVE, kereta Range Rover Zainal Abidin rosak teruk

Terlibat kemalangan di NKVE, kereta Range Rover Zainal Abidin rosak teruk

Rasanya lama sudah kita tidak melihat kemunculan penyanyi Datuk Zainal Abidin yang popular dengan lagu Puteri, Hijau, Gaia dan banyak lagi di kaca TV. Beliau telah berkecimpung dalam industri hiburan selama 27 tahun dengan keunikan suaranya yang hebat dan memukau.

Terbaru, beliau telah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) petang tadi. Ketika itu, beliau dan isterinya isteri dalam perjalanan dari rumah mereka di Shah Alam menuju ke Jalan Duta sebelum sebuah kenderaan jenis MVP mengentam keretanya dari belakang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Zainal, kejadian itu menyebabkan keadaan trafik sesak dan dilihat pihak polis turut berada di tempat kejadian untuk mengawal keadaan. Kenderaan yang dinaiki Zainal, Range Rover turut mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat dilanggar oleh kenderaan dari belakang.

Walau bagimanapun, Zainal dan isterinya kini berada dalam keadaan selamat dan baik. Mereka juga tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun impak langgar yang agak kuat.

.

.

.

.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password