TERLELAP JAGA ANAK: ‘NEVER DO THIS’

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: TERLELAP JAGA ANAK: 'NEVER DO THIS'

 

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menerusi laman Instagram telah berkongsi serta berpesan agar ibu bapa lebih prihatin dan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak walaupun ketika berada di dalam rumah.

Pesanan tersebut dibuat oleh Sheikh Muszaphar selepas beliau terlelap ketika gilirannya menjaga bayi kecilnya, Sheikh Adam.

“Ada masanya kita terlalu penat. Ini adalah giliran saya untuk menjaga kedua-dua bayi kembar saya. Saya letakkan Adam di atas badan saya dan mungkin saya boleh melelapkan mata seketika dalam 5 minit.

“Ini peringatan kepada semua ibu bapa di luar sana termasuk saya sendiri agar tidak mengulangi perkara sebegini lagi. Ia contoh yang tidak elok. Mujurlah tiada apa yang terjadi,” tulisnya di IGnya.

Gambar beliau bersama anak bongsunya itu dirakamkan sendiri oleh isterinya, Dr. Halina sebagai bukti kesalahan yang dilakukan.

Kisah Sheikh Muszaphar itu mendapat reaksi daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing sepanjang membesarkan anak.

Pasangan Sheikh Muszaphar dan Halina menimang cahaya mata kembar pada 27 Julai 2017 yang diberikan nama Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

.

.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password