Terlalu Dimanjakan….Bapa dicekup kantoi seludup dadah untuk anak! – MEDIA OHSEM

Terlalu Dimanjakan….Bapa dicekup kantoi seludup dadah untuk anak! – MEDIA OHSEM

 

KLUANG – Seorang warga emas ditahan ketika cuba menyeludup masuk dadah untuk anak perempuannya yang berada di dalam tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, pada kira-kira  jam 11 pagi, seorang lelaki berusia 60an datang ke Pejabat Pertanyaan, Balai Polis Kluang dan menyatakan mahu menyerahkan beg kepada anaknya yang berada dalam tahanan atas kesalahan dadah.

Menurutnya, tindakan lelaki itu menimbulkan kecurigaan, justeru anggota polis bertugas membuat pemeriksaan dengan disaksikan seorang polis pengiring.

“Hasil pemeriksaan menemui sebuah kotak ‘power bank’ berwarna hitam dan di dalamnya ada satu paket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis heroin dianggarkan seberat 13.98 gram.

“Satu paket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.98 gram turut ada di dalam beg berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata, susulan penemuan itu, polis menahan lelaki terbabit dan merampas barang berkenaan termasuk dadah dianggarkan bernilai RM1,500.

Katanya, hasil ujian ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek yang tidak bekerja itu kini ditahan reman sehingga 15 November ini untuk siasatan.

“Pihak polis juga ingin menasihatkan ibu bapa supaya tidak memanjakan anak sehingga sanggup menggadai diri sendiri untuk memberikan dadah kepada anak,” katanya.

“Satu paket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.98 gram juga ada di dalam beg itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata, pihak polis kemudian menahan lelaki terbabit dan merampas barang berkenaan termasuk dadah dianggarkan bernilai RM1,500.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dan ada rekod jenayah lampau.

“Suspek kini direman sehingga 15 November ini untuk siasatan,” katanya.

Sumber – Sinar Harian

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password