“Terkejut, tak sangka macam ni..” – Pakar psikiatri sahkan Haqiem Rusli alami kemurungan teruk

"Terkejut, tak sangka macam ni.." – Pakar psikiatri sahkan Haqiem Rusli alami kemurungan teruk

Selepas menimbulkan kekecohan dalam industri hiburan tanah air, penyanyi muda berbakat besar Haqiem Rusli tampil membuat permohonan maaf atas kontroversi yang melanda dirinya.

Menerusi laporan Kosmo! Online, penyanyi lagu Tergantung Sepi itu telah mula menjalani rawatan di International Psychology Centre, Taman Desa, Kuala Lumpur hari ini.

.

Disangka hanya mengalami kemurungan ringan, dia sendiri berasa terkejut setelah disahkan doktor menghidapi kemurungan tahap tiga daripada empat yang diklasifikasikan sebagai moderate depression.

Menurut Haqiem, doktor psikologi iaitu Song Sheng Yong telah mengesahkan tahap kemurungan dirinya agak tinggi dan memerlukan rawatan berkala serta mengambil suplemen.

Terdahulu, penyanyi berusia 20 tahun itu menerima kecaman dan kritikan teruk apabila dituduh menipu mengalami kemurungan untuk gimik pelancaran lagu terbarunya, Selamat Tinggal Sayang.

Sumber : Kosmo! Online

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password