Telur + Durian??? Resepi Telur Hancur Campur Durian By Ahmad Maslan – MEDIA OHSEM

Telur + Durian??? Resepi Telur Hancur Campur Durian By Ahmad Maslan – MEDIA OHSEM

 

Sumber: Twitter

Jarang sekali kita lihat menteri di Malaysia ini rajin berkongsi hobi mereka di laman sosial. Kalau ada pun, tidak ramai juga yang menggemari hobi memasak seperti mana yang disukai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Kalau dulu Ahmad Maslan pernah berkongsi resepi nasi goreng tanpa GST dan ayam goreng terung pipit yang nampak menyelerakan, kali ini beliau kembali lagi dengan resepi baru yang sangat ‘kreatif’. Wah ada-ada aje idea datuk ye! 

Menerusi perkongsian di Twitter, Ahmad Maslan telah memuat naik resepi telur hancur yang dicampur dengan durian. Wow ini lain dari yang lain ni! 

“Resepi asli saya; Durian, telur, bawang besar, bawang putih, sos cili, minyak masak, secubit garam. Ditumis. Makan dengan roti. Boleh cuba. Memang lain sebab ada durian.

“Durian, baunya sengsara tetapi rasa… sedapnya!” tulis Ahmad Maslan.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Akibat daripada menggunakan raja buah sebagai salah satu bahan di dalam masakan itu, Ahmad Maslan menerima kritikan bertubi-tubi daripada netizen.

Gabungan makanan yang pelik tersebut tidak dapat diterima ramai, malah ada yang mual dan kembang tekak membayangkan rasa pelik telur hancur tersebut apabila dicampurkan dengan durianErk… bau telur campur durian pun dah semacam. Rasanya? Emm… entahlah! 

Sumber: Twitter

Tidak cukup dengan itu, resepi telur hancur itu juga dikategorikan netizen sebagai makanan mahal kerana penggunaan durian yang harganya agak mencekik darah buat masa ini. Tetiba rasa miskin pulak bila sebiji durian harga sampai RM50!

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Pun begitu, di sebalik kritikan yang diterima masih ada segelintir netizen yang teruja untuk mencuba resepi terbaru tersebut. Malah ada yang mengaku sudah pun mencuba masakan itu dan rasanya ternyata sedap. Haa belum cuba belum tahu! Jangan pandai mengutuk je tau. 

Sumber: Twitter

Bagi mereka yang mampu membeli durian, jangan malu-malu untuk mencuba resepi khas daripada Datuk Ahmad Maslan ini. Kalau sudah cuba, kongsikan bersama kami bagaimana rasanya. Mesti sedap kan? 

Sementara itu..

Kalau dulu Ahmad Maslan pernah kongsikan resepi masakan ‘nasi goreng campur resepi tanpa GST’, kini Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini kembali lagi dengan resepi baru.

Haa korang mesti tak sabar-sabar nak tahu, kan??

Menerusi perkongsiannya di laman Twitter, Datuk Ahmad Maslan berkongsiresepi ayam goreng terung pipit yang begitu ringkas untuk disediakan.

“Resepi asli: ayam goreng terung pipit. Campur bawang besar, bawang putih, halia, lada, secubit garam, minyak masak. Goreng hingga garing.”

Sumber: Twitter

Oh gitu… Main campur-campur saja dah siap kan??

Hidangan tersebut telah disediakan di dalam dua pinggan yang dihias kemas buat tatapan netizen dan pengikut laman Twitter Ahmad Maslan sendiri.

Perkongsian yang tidak bersifat politik itu ternyata mendapat perhatian netizen yang begitu teruja dengan masakan yang disediakan Ahmad Maslan. Pun begitu, masih ada perkara lain yang menarik perhatian netizen selain dari hidangan tersebut.

Sumber: Twitter

Antaranya ialah kedudukan penyembur serangga yang kelihatan berhampiran dengan tempat memasak yang mencetuskan kebimbangan netizen kerana ia boleh membahayakan nyawa. Opss datuk macam mana ni??

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Haa macam-macam pulak korang komen eh!

Walau apapun, diharapkan Ahmad Maslan mengambil komen-komen teguran dari netizen tersebut dengan positif untuk memantapkan resepi masakannya lagi. Kami yakin pasti ada yang sedang mencuba-cuba resepi tersebut di rumah. Kan??

Okay kita tunggu resepi apa pulak lepas ni Ahmad Maslan nak share… Selamat memasak! 

Sumber: Mynewshub

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password