TAYANG BADAN KETIKA CATWALK

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: TAYANG BADAN KETIKA CATWALK

Pada Rabu lalu, acara Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW2018) telah membuka tirai yang menampilkan barisan pereka fesyen tempatan yang mempersembahkan kehebatan rekaan masing-masing.Selebriti juga tidak terkecuali dalam memeriahkan pentas KLFW2018, antaranya ialah pelakon Nazim Othman apabila beliau turut terlibat dalam menggayakan koleksi jenama Atelier FITTON yang berlangsung pada malam semalam.

Menggayakan beberapa helai pakaian jenama tersebut, salah satu busana yang digayakan Nazim menampakkan sosok tubuhnya.

Menerusi laman Instagram miliknya, Nazim memuatnaik foto ketika dia sedang ‘catwalk’ di pentas KLFW2018 dan ia mengundang perhatian netizen.

Ada pengikutnya mula memanggil Nazim dengan gelaran ‘duda hot’. Namun begitu, di sebalik komen positif, ada juga netizen yang meninggalkan komen menegur Nazim berkenaan dengan soal aurat.

Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Bella Dally pada 10 September 2016 tapi pasangan ini mengumumkan mengenai perpisahan mereka pada Ramadan lalu selepas dua tahun berkahwin.

.

.

.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password