“Tatabahasa you salah, slang teruk…” – Dikecam ‘bodoh’ english, respon Emma Maembong memang padu

"Tatabahasa you salah, slang teruk…" – Dikecam 'bodoh' english, respon Emma Maembong memang padu

 

Baru-baru ini, aktres Emma Maembong telah memuat naik sebuah video untuk mempromosikan produk kecantikan jenama milik ibunya di laman media sosial Instagram.

Apa yang mengejutkan, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu bercakap dalam bahasa Inggeris yang rata-rata membuatkan peminat tidak menyangka kebolehan dia bertutur dalam slang British yang agak sempurna.

.

Namun selepas beberapa hari, Emma telah berkongsi sebuah pesanan yang diterima melalui Direct Message di Instagram miliknya daripada seorang individu, Puteri Shazrinaa yang cuba mempertikaikan bahawa penggunaan ‘english’ Emma adalah teruk dan salah.

Dia juga mengatakan walaupun Emma mempunyai darah campuran, tetapi kakak kepada Chacha Maembong itu tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lancar dan perlu memperbaiki tatabahasa dan cara sebutan yang betul.

Walau bagaimanapun, pesanan tersebut telah mendapat kenyataan balas daripada Emma yang mengatakan beliau tidak kisah mengenai teguran berkenaan, tetapi teguran itu perlulah bersopan dan beradab.

Sumber : Emma Maembong

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password