“Tapi sakit juga lah hati ni…” – Dituduh perosak rumah tangga, Elfira punca Nazim & Bella bercerai?

"Tapi sakit juga lah hati ni…" – Dituduh perosak rumah tangga, Elfira punca Nazim & Bella bercerai?

Tiba-tiba nama pelakon Elfira Loy terpalit dengan kontroversi kisah perceraian pasangan artis, Nazim Othman dan Bella Dally yang menjadi bualan hangat netizen sejak Khamis lalu.

Menerusi sebuah laman Twitter, seorang pemilik akaun menuduh pengacara Ramadan 101 itu merupakan punca kegoyahan rumah tangga pasangan tersebut.

“Rupanya Elfira Loy punca Nazim Othman bercerai Bella, dah putus dengan Sufian pergi hancur rumah tangga orang lain hmmm,” tulis Mohamad Azif baru-baru ini.

Netizen memetik nama Elfira selaku individu rapat dengan pasangan tersebut menjadi punca runtuhnya mahligai yang dibina oleh mereka.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 24 tahun itu tidak mendiamkan diri sebaliknya membalas kembali kenyataan tweet tersebut.

Kata Elfira, dia berasa sakit hati dengan tuduhan melulu itu namun tidak mahu membangkitkan perasaan marahnya kerana ingin menghormati bulan yang mulia ini.

Tambah Elfira, dia turut mempersoalkan tindakan individu tersebut yang mungkin sekadar inginkan perhatian di laman Twitter atau sememangnya mahu memfitnah dirinya.

Bulan yang mulia ini tak baik marah-marah tapi sakit jugalah hati ini.

“Adakah awak tweet sekadar untuk mendapat retweet atau memang nak fitnah saya?,” tulis Elfira menerusi laman Twitter miliknya.

.

Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan penceraian pasangan berkenaan yang diumumkan menerusi laman Instagram masing-masing.

Menerusi perkahwinan yang dibina pada 10 September 2016 itu, Nazim dan Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally tidak dikurniakan cahaya mata.

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password