Tanah runtuh Tanjung Bungah rakyat Malaysia antara yang tertimbus

SEORANG rakyat Malaysia yang dilaporkan turut tertimbus dan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang bersama 12 lagi pekerja asing dipercayai merupakan seorang supervisor tapak pembinaan.

tanah runtuh Tanjung Bungah

Yuan Kuok Wern yang dilaporkan antara nama yang berada dalam senarai lantikan keselamatan tapak pembinaan merupakan seorang bekas pelajar Sekolah Tinggi Heng Ee.

Selepas tamat pengajiannya di universiti, Yuan telah bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan yang merupakan sub-kontraktor bagi tapak projek berkenaan.

Semakan melalui laman sosial Linkedin miliknya, Yuan menceritakan dirinya juga bertugas di lapangan pembinaan.

Empat belas pekerja dilaporkan berada di tapak pembinaan Tanjung Bungah, ketika ribuan tan tanah tiba-tiba menggelongsor runtuh dari satu tepian setinggi kira-kira 10 meter pada kira-kira jam 8:30 pagi semalam (Hari Sabtu).

Setakat laporan ini ditulis tiga mayat telah dijumpai dari timbunan tanah runtuh.

Dalam pada itu jabatan bomba dan penyelamat telah menyiarkan identiti mangsa-mangsa lain dalam tragedi tersebut mereka adalah:

1. Muhammad Monirul, Warga Bangladesh

2. Raza Ali, Warga Pakistan

3. Erwin, Warga Indonesia

4. Hosrin, Warga Indonesia

5. Yusob, Warga Bangladesh

6. Rahmatullah, Warga Bangladesh

7. Rahman Abdul, Warga Bangladesh

8. Yusof, Warga Rohingya

9. Yunus, Warga Bangladesh

10. Mamun

11. Jamal

12. A B Rahman



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password