Tamatkan Zaman Bujang Pada Bulan April Ni, Tahniah Buat Shila Amzah

'Kau Tu Dah Tua! Tak Payah Sibuk Nak Style Sangat!!' - Netizen Dengki Dan DM Sheila Rusly.

Selain nama tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018, Shila Amzah turut berkongsi berita gembira mengenai perkahwinanya. Menurut Shila, beliau dan tunang sepakat memilih 19 April depan untuk melangsungkan majlis pernikahan.

“Walaupun sibuk dengan jadual yang padat untuk karier saya, saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan saya yang akan berlangsung 19 April inii. Sebagai penggiat seni, saya akur untuk berulang alik terutamanya ke China kerana perlu memenuhi permintaan di sini,” jelasnya.

Bagaimanapun, untuk majlis resepsi perkahwinan, Shila masih tidak menetapkan sebarang tarikh lagi dah akan berkongsikannya kelak. Sebelum ini, Shila dan Haris Idraki telah selamat bertunang pada November lalu di kediaman keluarganya.

Manakala semalam pula menerusi Instagram, Shila berkongsi namanya yang telah tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018 dalam kategori selebriti. Selain Shila, Neelofa juga pernah tersenarai dalam majalah Forbes itu.

Betullah kata orang tua, perkahwinan ini membuka pintu rezeki yang luas buat umatnya. Semakin murah rezeki Shila ketika menantikan waktu untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. Tahniah sekali lagi diucapkan!

.

.

.

.

.

.

.

Sumber : Sinar Harian.

Sumber :KakiShareTV

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password