Talak Satu! “Hubungan kami sememangnya mengalami masalah sebelum berkahwin dengan Izreen dan penceraian antara saya dan Intan tiada kaitan dengan Izreen” – Ude

Talak Satu! “Hubungan kami sememangnya mengalami masalah sebelum berkahwin dengan Izreen dan penceraian antara saya dan Intan tiada kaitan dengan Izreen” – Ude – MEDIA OHSEM
Ude menegaskan penceraian tersebut bukan berpunca daripada perkahwinannya dengan Izreen Azminda.

KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon Izreen Azminda, Ude meluahkan rasa terkilan terhadap bekas isterinya, Intan Liana Saleh, 33, yang kerap memberikan kenyataan dilihat seakan menjatuhkan maruahnya.

Menurut Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, turut menegaskan penceraian tersebut bukan berpunca daripada perkahwinannya dengan pelakon sensasi, Izreen Azminda.

Kata Ude, masalah perkahwinannya dengan Intan berlaku setelah dua tahun berumah tangga namun, ketika itu hasil perbincangan kedua-dua belah pihak masih belum menemui kata putus.

“Hubungan kami sememangnya mengalami masalah sebelum berkahwin dengan Izreen dan penceraian antara saya dan Intan tiada kaitan dengan Izreen.

“Saya turut berasa terkilan dengan tindakan Intan yang sebelum ini mengatakan kami tidak mengadakan perbincangan mengenai masalah rumah tangga. Kenyataan itu bohong dan tolong berhenti ‘drama’ air mata,” tegasnya ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, di sini pagi tadi.

Sumber:K! ONLINE


Ude dan Intan bercerai talak satu pada pagi Khamis. Foto SIA HONG KIAU

AMPANG: Suasana tenang menyelubungi galeri Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini apabila suami kepada aktres Izreen Azminda iaitu Ude melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Intan Liana Saleh pada pagi Khamis.

Ikatan perkahwinan selama lima tahun pasangan itu terlerai apabila Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, melafazkan talak satu terhadap Intan, 33, pada pukul 9.50 pagi.

Lafaz dibuat Ude di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin dan mahkamah memerintahkan Intan untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Ude (kiri) bersama peguamnya, Datuk Mohd. Zaid Md. Zain dikerumini wartawan selepas prosiding berakhir.

Suasana dalam galeri sebelum itu pilu apabila Shaiful memerintahkan pasangan itu bermaaf-maafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami-isteri sebelum lafaz dibuat Ude.

Intan dilihat menitiskan air mata ketika bersalaman dengan Ude dan selepas lafaz cerai dibuat oleh pemuzik bebas itu.

Pada 30 November tahun lalu, Ude selaku plaintif kes berkenaan memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Intan.

Intan hadir ke mahkamah ditemani peguam dan keluarganya.

Dalam pada itu, ketika ditanya oleh Shaiful alasan Ude memohon bercerai, lelaki itu memberitahu mahkamah keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Ude yang hadir ke mahkamah pada pukul 9.04 pagi ditemani peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Md Zain manakala Intan turut hadir bersama keluarga dan peguamnya Suriany Awaludin.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, tiga tahun, serta Ariq Muqri, satu tahun.

Intan terima dengan perceraian yang berlaku.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinannya terdahulu dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password