TAKZIAH Sharifah Shahirah

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: TAKZIAH

 

Pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah menerusi laman Instagram miliknya telah memaklumkan yang bapanya iaitu Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman telah meninggal dunia pada pukul 9.15 malam semalam (Khamis) di Hospital Ampang.

Shahirah atau Shiera yang juga kakak kepada aktres Sharifah Sakinah, memberitahu Allahyarham dimasukkan ke hospital dua hari lalu akibat jangkitang kuman pada paru-paru.

“Terima kasih atas doa semua, Alhamdullillah mudah abah pergi jumpa dengan penciptanya di malam jumaat. Malam barakah, Insya-Allah syurga buat Abah. Amin ya Rabbal ‘alamin.

“Syed Abu Bakar bin Syed Abdul Rahman aka Sulaiman Kati telah selamat ke Rahmatullah pada pukul 9.15 malam, 11 Januari 2018 di Hospital Ampang di samping isteri, anak-anak dan sanak saudara. Semoga roh dicucuri rahmat. AlFatihah,” tulisnya.

Shiera turut memberitahu jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate pada pukul 10 pagi Jumaat.

“Besok (Jumaat) akan di kebumikan Insya-Allah bersebelahan dengan kubur arwah mak esah. Di perkuburan klang gate pukul 10 pagi. Jenazah sekarang berada di rumah saya taman melawati,” katanya.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password