‘Takkan Masuk International School Nak Ambil SPM?’ – Adik Neelofa

‘Takkan Masuk International School Nak Ambil SPM?’ – Adik Neelofa – MEDIA OHSEM
Selain Neelofa, adiknya Ameera Khan turut ‘terkena tempias’ populariti dan mengumpul pengikutnya tersendiri. Walaupun tidak berkecimpung dengan dunia seni secara langsung, Ameera atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan di media sosial mempunyai lebih 800 ribu follower di Instagram.Pernah beberapa kali membuat kenyataan ‘bikin panas’ di media sosial sebelum ini, si cantik ini sekali lagi membuatkan netizen triggered dan melatah dengannya. Kenapa ya?

.

Ameera menerusi Twitternya membuat satu status yang mengatakan dia tidak belajar di sekolah antarabangsa semata-mata untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia. Kenyataan itu mungkin kedengaran agak meninggi diri di pandangan netizen kerana beberapa hari lalu netizen ada memperlekeh satu jenama telefon dalam video di Youtubenya.

.

Kenyataan Ameera itu kemudiannya ditentang netizen yang mengatakan kakaknya Neelofa sendiri menduduki peperiksaan itu dan meraih keputusan cemerlang dengan 10 A pada 2006 sebelum bergelar artis.

Kenyataan berani Ameera itu turut membuatkan pengikutnya menasihatkannya untuk tidak lagi membuat sesuatu yang boleh memalukan ibu bapa kerana apabila sesuatu isu bangkit, sudah tentu ibu bapa yang akan dipersalahkan.

Ujar netizen lagi, Ameera yang muda remaja masih bergantung kepada kakak dan keluarganya dan tidak mempunyai pendapatan sendiri. Namun tindakannya seperti sudah terlalu dewasa untuk gadis sebayanya.

.

Sumber: Little Miss Khan

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password