“Tak tipu, masa baca skrip baru saya tahu filem tu…” – Raja Ilya dedah sebab sebenar tolak tawaran Marvel

"Tak tipu, masa baca skrip baru saya tahu filem tu…" – Raja Ilya dedah sebab sebenar tolak tawaran Marvel
Impian peminat filem Malaysia untuk menyaksikan Raja Ilya membintangi filem produksi Hollywood berkecai apabila pelakon itu memberitahu dia terpaksa menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem Marvel..

Namun setelah membuat kenyataan tersebut, ada pihak yang mendakwa dia sanggup menipu bagi mendapat publisiti murah dengan mengaku bakal berlakon bersama produksi Hollywood tersebut.

Bagi menafikan dakwaan berkenaan, pelakon berusia 32 tahun itu menegaskan dia terpaksa menolak lakonan itu selepas mendapati ada babak kurang sesuai yang bercanggah dengan nilai Islam.

.

Menurut Ilya, dia tidak mahu mencemar imej Malaysia dan maruah keluarga selepas mendapati bahagian yang menyentuh sensitiviti Islam ketika membaca skrip filem tersebut.

Tambah Ilya, dia tidak bodoh bagi mengumumkan sesuatu yang belum ada pengesahan lagi berikutan ada segelintir pihak menuduhnya menipu dan ‘sembang’ terutama di laman media sosial.

Walau bagaimanapun, Ilya enggan mengambil pusing kritikan netizen selain tidak akan membalas kecaman di ruang komen akaun Instagram miliknya.

Sumber : Harian Metro

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password