Tak sia-sia ambil Intan Liana sebagai model, jualan tudung Aliff Syukri meningkat 50 peratus

Tak sia-sia ambil Intan Liana sebagai model, jualan tudung Aliff Syukri meningkat 50 peratus

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri telah meluahkan rasa gembira dan berpuas hati kerana telah memilih Intan Liana Saleh sebagai model jenama tudungnya, Aliff by Sha.

Perlantikan Intan yang juga bekas madu kepada Izreen Azminda itu telah memberi impak yang positif kepada jualan tersebut sehingga meningkat sebanyak 50 peratus.

Menurut Aliff, beliau telah  membayar perkhidmatan Intan sebagai model tudung dengan bayaran yang sama seperti artis lain.

.

Aliff mengakui beliau memilih Intan sebagai model tudungnya kerana ingin membantu Intan menambah pendapatannya memandangkan beliau kini bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak.

Tambahnya lagi, beliau sememangnya mengambil kesempatan terhadap Intan untuk menjadi model tudungnya ketika namanya kini sedang dikenali ramai dan menjadi sebutan netizen.

.

.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password