“Tak serik-serik…” – Tebal muka makcik ni ikat jamin kali ke-5 anaknya yang ‘ke dalam’ sebab menagih

"Tak serik-serik…" – Tebal muka makcik ni ikat jamin kali ke-5 anaknya yang 'ke dalam' sebab menagih

Seawal pagi saya sudah terpacak di hadapan Kompleks Mahkamah Tinggi untuk selesaikan beberapa urusan dari awal saya sydah nampak sepasang orang tua macam tidak tahu arah mahu tuju. Disebabkan saya mahu cepat, saya pun biarkan saja. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, urusan sudah selesai dan terus saya keluar dari Kompleks Mahkamah ke tempat parkir.

Rupanya sudah sejam lebih masih ade pasangan tua itu duduk di luar dengan muka sedih. Saya senyum saja sambil sarung helmet saya, tetiba tiba-tiba dia panggil.

Rupanya dia mahu saya isi satu borang jaminan sebab makcik dan pakcik ini tidak pandai menulis. Kasihan pula bila tengok keadaan dia sebab datang dari jauh naik bas tapi tiada siapa pun mahu tolong. Sudah beberapa orang pasangan ini mintak tolong tuliskan tapi tiada siapa yang sudi melayan termasuklah pengawal keselamatan yang bertugas dan pegawai mahkamah

Untuk isi borang jaminan tu terpaksa la saya mintak serba sedikit maklumat mengenai pasal pasangan itu dengan OKT bukan mahu jaga tepi kain tapi sekadar maklumat ringkas untuk tujuan pengisian borang jaminan.

Dari sini, bermulaha kisah dia berkenaan anaknya yang terlibat kes dadah yang sudah pun 5 kali kena tahan. Makcik ini kerja sebagai pembantu kedai makan saja manakala pakcik itu berumur sekitar 60an dan sudah tidal larat mahu bekerja. Kasihan mana nak cekau duit jamin anak

Buruk-buruk anaknya pun walau tidak berharta sanggup dia tebal muka usaha dapatkan sejumlah jaminan untuk anaknya. Bukan kecik nilai itu, ribu riban sebab kes berulang.

Sayang betul anak muda baru umur 24 sudah beberapa kali keluar masuk kes dadah. Orang tua ini cakap dari keci dia bagi semua yang dia ada mahu bagi anaknya cerdik pandai dan tidak mahu jadi macam dia tidak bersekolah tetapi bila sudah besar jadi pandai menipu. Habis semua barang kemas makcik ini bergadai mahu uruskan kes dia. Hutang dengan orang sekeliling tidak payah cakaplah.

Hebatnya pengorbanan ibu bapa.

Sumber : Alhadi Runner



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password