“Tak Sanggup Aku Tengok Dia Penat Sangat Jaga Aku Dan Terpaksa Kerja Lagi.” Aidid Kongsi Pengorbanan Dan Doa Untuk Isterinya.Terharunya Baca!

“Tak Sanggup Aku Tengok Dia Penat Sangat Jaga Aku Dan Terpaksa Kerja Lagi.” Aidid Kongsi Pengorbanan Dan Doa Untuk Isterinya.Terharunya Baca!

Aidid Marcelo, pengacara dan juga pelakon baru-baru ini telah menjalani satu pembedahan akibat kecedaraan di bahagian ligamen anterior cruciate (ACL). Akibatnya dia terpaksa berehat kerana baru menjalani pembedahan.

Dalam tempoh rawatan tersebut, Aidid  tidak boleh melakukan sebarang kerja. Justeru, isterinya  Norzie Pak Wan Chik terpaksa menguruskan segalanya.

Biarpun penat bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan hal rumah tangga dan suami yang sakit, namun Norzie kuat dan tabah menghadapinya.

Melihatkan wajah kepenatan isteri di kacatv membuatkan Aidid mendoakan bidadari syurganya itu sentiasadalam lindunganNya dan dijauhkan dari sebarang mala petaka.

Tidak hairanlah kesetiaan si isteri tersebut mengundang riak bahagia penuh syukur dari Aidid. Dalam satu perkongsiannya di laman instagram, Aidid melahirkan rasa terharu dan bersyukur dengan pengorbanan isterinya.

Dalam perkongsian tersebut juga, Aidid menulis satu doa khusus buat isteri, ibu dan sesiapa sahaja yang baginya cukup hebat dalam berkorban demi orang tersayang.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mei 2005 dan dikurniakan 4 orang anak.

Daripada hari aku sakit 22 hari lepas sampailah sekarang, aku tahu dia ni penat sangat dengan kena jaga aku + dia dah kena baca #nightline news lagi, kadang2 sampai umah jam 1 pagi.

Ya Allah, Kau berilah kekuatan semangat, kesihatan berpanjangan, dijauhkan daripada sebarang penyakit2 merbahaya, diberkati rezeki dan lindungilah serta kasihanilah dia sepertimana setiap saat dia mengasihani aku dan keluarganya.

Jom sampaikan doa ini kepada isteri, ibu dan sesiapa sahaja yg kita tahu tahap pengorbanannya HEBAT bagi membantu kita 🙏 amin. Saya doakan untuk semua juga

Terharu dan menyentuh hati, itu antara pendapat dan komen dari pengikut di ruangan instagram Aidid.  tak kurang yang melahirkan kekaguman dan mendoakan kembali semoga pasangan ini bahagia selamanya dan semoga Aidid cepat sembuh.

inanoorrahimSemoga cepat sembuh aidid dan semoga di permudahkan segala urusan aidid dan isteri.. Aamiin

cvey15Awesome

leechaiyinTake care @aididmarcello and norzie 💜

md_wedding_plannerTerharu..

redromusicAllah Will always protect Good Husband like you. ❤🙏

meeraclesingaporeSemoga cepat Sembuh Insyaallah.

rozimarani1003Get well soon anak..semoga segala nya di permudahkan olehNya..

Malah ada juga yang bersetuju dengan Aidid akan wajah isterinya nampak penat sewaktu membaca berita

misselleelisaSemalam terdetik juga tgk pembaca berita ni muka dia nampak letih sangat. Last2 keluar kt explore pasal pembaca berita ni. Untung dpt suami yg memahami.

iaminazalinaRindu tgok @norziepwcbersiaran… Minat dia sejak dulu

ndnorazurasaya dah suami tgk berita semalam… ckp eh dah lama xnmpk kuar tv norziepwc. smoga dipermudahkan segalanya.

qurose.in.2weeksAamiin. Dialah bidadari calon syurgawi. Aamiin

smileysuzii@yusz_boq86 tulah. Masih bertahan. Semoga Allah permudahkan segala urusan semua org yg sama melalui kesukaran lebih2 lagi apabila suami x sihat

rkkn79Terbaik bro…saya copy doa tuan utk family dan isteri saya..moga kita mendapat keberkatan dunia akhirat @aididmarcello

aiennnorennyItulaa pngorbanan seorg istri n ibu..bleh buat apa sje utk kbgiaan n keselesaan fmly..smg cpt smbuh

.

.

Sumber: IG  aididmarcello

 

Sumber :BlogMazeer

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password