“Tak sabar kongsi dengan adik-beradik…” – Mira Filzah ditaja 19 pasang baju raya

"Tak sabar kongsi dengan adik-beradik…" – Mira Filzah ditaja 19 pasang baju raya

Sekiranya selebriti lain sedang bertungkus-lumus melakukan persiapan raya dengan membeli-belah beberapa pasang baju, namun lain pula bagi pelakon dan pengacara Mira Filzah kerana tidak perlu bersesak untuk mendapatkan baju raya.

Menerusi laporan BH Online, ini kerana pelakon drama bersiri 24 episod Rahsia Hati Perempuan itu telah mendapat tajaan daripada butik jenama terkenal, Ariani sebanyak 19 pasang persalinan bagi tahun ini.

.

.

Menurut Mira, dia bersyukur dengan tajaan yang dilengkapi tudung itu dan tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman di Ipoh dan Tronoh, Perak serta berkongsi busana tersebut dengan adik-beradiknya.

.

Tambah pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman ini, lebih menggembirakan apabila datuknya masih memberikan duit raya walaupun telah memperolehi pendapatan sendiri.

Pengacara program Nona itu berkata, dia turut menyediakan sejumlah duit raya bagi dikongsi bersama sanak-saudara terutamanya kanak-kanak.

.

Sumber : BH Online

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password