Tak puas maki penguatkuasa, hakim mahkamah dan polis wanita pula menjadi mangsa. Balasannya? Wanita ini kini meringuk di dalam penjara

Tak puas maki penguatkuasa, hakim mahkamah dan polis wanita pula menjadi mangsa. Balasannya? Wanita ini kini meringuk di dalam penjara

Ingat lagi tak kes di mana seorang wanita berbangsa Cina yang memaki seorang penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya sambil memegang stering lock setelah tayar kenderaannya dikunci kerana menyalahgunakan petak OKU di Bandar Puteri Puchong sebelum ini?

Wanita berusia 43 tahun yang dikenali sebagai  Liew Yoke Peng ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu.

Tetapi hukuman ini bukanlah dijatuhkan ke atas Liew kerana tindakan biadapnya terhadap penguatkuasa MPSJ bulan lepas. Sebaliknya hukuman ini telah dijatuhkan oleh makhamah setelah dia didapati bersalah menghina mahkamah dengan menjerit dan mengingkari arahan Nurulhuda supaya senyap ketika prosiding mahkamah sedang berlangsung.

Dia melakukan kesalahan itu di dalam bilik bicara Mahkamah Majistret 2, di sini pada 11.35 pagi, hari ini mengikut Perkara 26 Jadual Ketiga (Seksyen 99A) Akta Mahkamah Rendah 1947 yang membawa hukuman denda maksimum RM150 atau penjara maksimum tiga minggu

Semasa prosiding itu, Liew telah meninggikan suaranya terhadap Nurulhuda dan seolah-olah berlawan cakap dengannya sehingga dia terpaksa ditenangkan oleh anggota polis. Tidak cukup dengan itu, wanita ganas berkenaan bertindak menggigit tangan seorang anggota polis wanita sehingga luka dan tercabut butang pakaian seragamnya di bahagian lengan.

Padan muka kau. Jenis mulut bontot ayam

Berikutan perkara ini, ramai netizen yang mengucapkan ‘syukur’ kerana wanita yang biadap itu akhirnya dipenjara kerana ramai yang berpendapatan tindakan wanita tersebut sangat biadap, kurang ajar dan boleh memprovok kemarahan orang ramai.

Mungkin dia ini OKU kot

Namun terdapat segelintir netizen yang berpendapat bahawa tindakan biadap wanita tersebut di kamar mahkamah sekadar mahu ‘membuktikan’ yang dirinya seorang yang cacat akal dan bakal terlepas daripada pertuduhannya menghalang penjawat awam di mana dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tidak kisahlah apa pun alasannya, tetapi cara wanita ini memang terbukti biadap dan tidak bertamadun. Tak salahkan kalau cakap baik-baik?



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password