“Tak nak la peluk sentuh, nanti orang menyampah…” – Jaga batas, Farah Nabilah tidak suka babak keterlaluan

“Tak nak la peluk sentuh, nanti orang menyampah…” – Jaga batas, Farah Nabilah tidak suka babak keterlaluan – MEDIA OHSEM

Nampaknya gandingan pelakon Farah Nabilah bersama Zul Ariffin menerusi drama Titian Cinta telah mencetus fenomena sehingga kini dalam kalangan peminat drama tempatan.

.

Namun menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 26 tahun itu mengakui tidak berminat untuk melakonkan adegan keterlaluan dalam setiap drama dibintanginya.

Farah berkata, dia akan mengadakan perbincangan dengan pasangan gandingan mengenai pantang larang masing-masing sebelum memasuki set penggambaran termasuk ketika berlakon dengan Zul sebelum ini.

.

Tambah Farah, dia tidak mahu terlalu banyak babak bersentuhan kerana risau penonton ‘menyampah’ dan cukup sekadar bermain ‘eye contact’ dengan menggunakan teknik kamera.

Walau bagaimanapun, keputusan itu diambil bukan ada pihak yang cemburu tetapi mahu menjaga hati keluarganya dengan menjaga batas pergaulan.

Betul tu Farah! Kalau nak nampak babak tu ‘real’, tak semestinya kena bersentuhan kan? Paling penting setiap pelakon tahu membawa dan menghayati watak masing-masing.

Sumber : Harian Metro

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password