“Tak kisah salam & pegang bukan mahram, tapi…” – Babak sentuh wanita, Atiq Azman letak syarat

"Tak kisah salam & pegang bukan mahram, tapi…" – Babak sentuh wanita, Atiq Azman letak syarat

Siapa sangka walaupun namanya agak asing dalam kalangan peminat drama tempatan, namun bakat pelakon baharu Atiq Azman tiba-tiba menjadi perhatian netizen setelah muncul dalam drama fenomena, Nur.

Menurut laporan Utusan Online, remaja berusia 18 tahun itu tidak menolak sekiranya perlu melakukan babak bersentuhan dengan wanita bukan muhrim walaupun pernah memegang watak Amirul yang memiliki kemerduan suara ketika membaca Al-Quran.

.

Pemilik nama penuh Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah itu berkata, dia tidak mahu bakat lakonan yang dimiliki menjadi terhad dan dilihat stereotaip oleh pengarah serta penonton disebabkan latar belakangnya sebagai bekas pelajar sekolah tahfiz.

Walau bagaimanapun, dia memahami perkara-perkara yang perlu dijaga apabila ingin menjayakan babak atau adegan bersentuhan selagi tidak melampaui batas seorang Muslim.

Setakat ini, pelakon berasal dari Bachok, Kelantan itu tidak kisah sekiranya diminta bagi menjayakan babak seperti bersalaman atau memegang tangan, janji apa yang dilakukan tidak menaikkan nafsu syahwat.

.

Atiq juga berpendapat bahawa babak romantik boleh dijayakan dengan mimik muka, bahasa tubuh dan juga kata-kata sekiranya dia mendapat watak sebagai kekasih untuk drama percintaan.

Sumber : Utusan Online

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password