Tak boleh nikah di Melaka jika alamat luar Melaka

TERSEBAR “screenshot” rungutan mengenai undang-undang baru negeri Melaka, yang disifatkan menyusahkan orang dan tak masuk akal, di mana bakal pengantin dari negeri lain yang mahu menikah di negeri Melaka, perlu menukar alamat kad pengenalan kepada alamat di negeri itu.

Menurut Qusya Azmi, dalam “screenshot” yang tersebar itu, dia telah bersusah payah mengambil cuti untuk menyelesaikan urusan nikah, namun apabila sampai di kaunter, dia baru diberitahu bahawa, tidak dibenarkan untuk menikah di negeri Melaka.

Alasan yang diberikan ialah “alamat luar Melaka tak boleh menikah dalam negeri Melaka,”.

Aku ada buat semakan dalam beberapa portal berita tentang kesahihan undang-undang baru baru ini. Ternyata ia memang benar.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Md. Azhan Samat dilapor memaklumkan, mana-mana pasangan yang ingin bernikah di negeri itu, wajib mengemaskini alamat bermastautin mereka di Melaka, sebagai syarat permohonan.

Arahan itu berdasarkan kepada peraturan Arahan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (KPNCR) Negeri Melaka 2015 yang telah dikuatkuasakan sejak Januari tahun lalu.

Menurutnya, dalam arahan tersebut telah dinyatakan dua perkara iaitu pasangan yang ingin berkahwin di Melaka hendaklah bermastautin di dalam negeri Melaka tidak kurang tiga bulan.

“Selain itu alamat bakal pengantin juga mestilah sama dengan kad pengenalan mereka dan sekiranya alamat pemohon berbeza dengan kad pengenalan, mereka perlu menukar alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya.



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password