Tak ada satu dalil Sabah-Sarawak sama taraf dengan Malaya

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mula hari ini menyatakan bahawa beliau “pro-Malaysia” serta menyelar dakwaan nasionalis Borneo bahawa Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi sama rata ketika Persekutuan Malaysia dibentuk.

Pandikar berkata demikian ketika melancarkan bukunya bertajuk “Berpisah Tiada” di parlimen hari ini.

Menurutnya, buku itu bagi menerangkan isu-isuberkaitan negeri Sabah serta sejarah Penubuhan Malaysia 1963 dan kedudukan Sabah, Sarawak dalam Persekutuan Malaysia berdasarkan kajiannya.

“Saya pro-Malaysia, maka saya pro-Sabah, sebab itu saya guna tajuk “Berpisah Tiada”,” katanya dalam ucapan perasmian buku berkenaan.

Pandikar yang merupakan anak kelahiran Sabah berkata kebelakangan ini banyak dakwaan bahawa hak rakyat Sabah dan Sarawak semakin terhakis.

“Sebagai orang Sabah, saya tidak pernah rasa hak saya terhakis atau dicabuli,” katanya.

Pandikar turut berkata terdapat hujah bahawa Sabah-Sarawak dan Tanah Malaya merupakan rakan kongsi sama rata namun statusnya ditukar sebagai negeri di dalam persekutuan selepas pindaan perlembagaan dibuat pada 1976.

Bercakap kepada wartawan, Pandikar berkata beliau melihat keperluan untuk membetulkan persepsi dalam bukunya.

“Saya rasa ia adalah sebahagian tanggungjawab saya kepada generasi muda.

“Saya baca laporan IGC (Inter-Governmental Committee). Tidak ada saya terjumpa satu dalil mengatakan Sabah dan Sarawak adalah sama taraf dgn Malaya. Tidak ada,” katanya dan menjelaskan jawapan berkenaan persoalan itu ada dalam bukunya.

Laporan IGC adalah laporan suruhanjaya siasatan yang membincangkan laporan Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962.

Suruhanjaya Cobbold dibentuk kerajaan British dan Malaya pada tahun 1962 bagi memungut dan menentukan pandangan rakyat Borneo Utara (sekarang Sabah dan Labuan) serta Sarawak berkenaan cadangan membentuk Persekutuan Malaysia.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password