Tahniah, Fad Bocey Timang Anak Perempuan..

Tahniah, Fad Bocey Timang Anak Perempuan..

 

 

ISTERI kepada pelawak Fad Bocey telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah hospital di Kuala Lumpur, pagi Ahad.


Menerusi laman Instagram Fad, dia memuat naik sekeping foto memaklumkan isterinya, Nur Syahirah Abdul Rahman, 23, telah melahirkan bayi ketiga mereka pada jam 6.57 pagi.

“Bismillahirahmanirrohim. Syukur alhamdulillah pada tanggal 19 November, hari Ahad yang bahagia ini, kami selamat menyambut puteri kami.

Foto yang dimuat naik di laman instagram @fadbocey.

“Yeay, mommy dah ada kawan! Terima kasih mommy, love u so much @syaheeraarahman,” tulisnya di laman tersebut.

Foto tersebut mendapat lebih 70,000 tanda suka dan turut dibanjiri ucapan tahniah.


Antara rakan artis yang turut meninggalkan komen tahniah adalah Shuib Sepahtu, Fizo Omar dan Danial Zain.

“Tahniah bang, Alhamdulillah,” tulis Danial Zain.

“Alhamdulillah, Syukran ya Fad,” komen Shuib pula.

Fad dan Syahirah berkahwin pada 14 Mac 2015 di Jitra, Kedah.Sebelum ini, isteri Fad melahirkan anak kembar lelaki di Pusat Berubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam pada 11 Disember 2015 secara pembedahan.


Pasangan kembar yang diberi nama Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan kini sudah berusia dua tahun.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password