Tahniah! Dr. Soo Wincci Terima Anugerah Sarjana Kedua Di Sepanyol..

Tahniah! Dr. Soo Wincci Terima Anugerah Sarjana Kedua Di Sepanyol..

 

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi dan pelakon iaitu Soo Wincci yang difahamkan memegang sarjana kedua, hari ini di Sepanyol.

Menerusi perkongsian Soo Wincci, 33 tahun, di Instagram miliknya menulis, bakal memegang Ijazah Sarjana Teknologi Muzik Produksi dan Inovasi dari institusi berprestij impiannya iaitu Universiti Berklee Valencia Kampus.

“My Second Master Graduation from my dream school @berkleevalenciacampus what’s different for this time is that I Am Alone By Myself in Spain but thank you for all the wishes online, I need to go to the graduation hall now =) will post more pics later for u all!”

“Konvo untuk Master kedua Wincci dari kampus idaman Wincci @berkleevalenciacampus, kali ini seorang diri kat Spain, jutaan penghargaan atas ucapan daripada anda semua, Wincci kena pergi ke dewan dah, nanti akan post lebih gambar,” tulisnya.

Untuk rekod, bekas Ratu Cantik Dunia 2008 sebelum ini sudah mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Sumber; Astro Gempak

 

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password