Tahniah! Dengan sekali lafaz, Shila Amzah selamat diijab kabul dengan jejaka pilihan hati

Tahniah! Dengan sekali lafaz, Shila Amzah selamat diijab kabul dengan jejaka pilihan hati
Hari ini telah menjadi detik sejarah buat penyanyi Shila Amzah yang telah sah bergelar isteri dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan bertemakan ‘indoor garden’ itu berlangsung di kediaman Shila di Cheras sekitar jam 6 petang hari tadi.

 Melalui video yang dimuat naik di Insta Stories miliknya, penyanyi Masih Aku Cinta itu nampak cukup manis dan jelita dengan persalinan serba putih duduk di sebelah ibunya, Fauziah Sarman.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga, kenalan rapat serta tidak lupa rakan selebriti seperti Fara Fauzana, Jihan Muse dan Zara Zya.

Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah selamat diijabkabulkan dengan Haris atau nama penuh, Haris Idraki Elias oleh Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor.

Jom kita lihat gambar-gambar di sekitar hari bahagia dan indah buat mereka itu. Semoga perkahwinan Shila dan pasangan akan kekal sehingga ke syurga!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sumber : Instagram & Kakifoto

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password