Tahniah! Dengan sekali lafaz, Dynas Mokhtar sah bergelar isteri ahli perniagaan

Tahniah! Dengan sekali lafaz, Dynas Mokhtar sah bergelar isteri ahli perniagaan

Pelakon dan model, Dynas Mokhtar telah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syazrik Din dengan hanya sekali lafaz.Majlis pernikahan Dynas berlangsung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Pasangan sama cantik dan sama padan ini dinikahkan oleh bapa Dynas iaitu Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad dengan mas kahwin RM1,001.00

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan wang hantaran RM10,000.

.

Tahniah Dynas.

Majlis sederhana itu dihadiri kira-kira 100 jemputan termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Manakala, majlis bertandang akan diadakan pada 28 April depan di Damansara, Petaling Jaya dan disusuli majlis resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

.

.

.

Hanya sekali lafaz.

.

Semoga bahagia hingga akhir hayat.

Sebelum ini, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada pertengahan Oktober tahun lalu.

Dynas pernah mendirikan rumahtangga bersama Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 sebelum bercerai pada 25 Februari 2014. Melalui perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak Khyra Khalyssa, 8 tahun dan Mohamed Haqaish, 5 tahun.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password