”Susu Kunyit”, Rahsia Wanita Ini Kekal Ramping Dan Awet Muda, Rugi Tak Cuba

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Sebut sahaja produk kecantikan di pasaran, pasti kaum wanita akan mencubanya. Betul tak? Walaupun menelan kos yang tinggi, asalkan dapat tampil cantik, wanita sanggup berhabis duit.

Namun, tahukah anda sebenarnya ada petua tradisional untuk mengekalkan kesihatan dalaman wanita pada masa yang sama membantu anda untuk mendapatkan berat ideal. Tidak perlu modal yang besar, hanya dengan kos yang murah dan penyediaan yang mudah sahaja. Anda mampu kelihatan muda walaupun sudah mempunyai anak tiga seperti wanita ini.

Petua yang dikongsikan oleh Nurul Arija melalui laman facebooknya seperti di bawah mungkin boleh dijadikan panduan buat wanita di luar sana untuk kekal awet muda. Apa yang penting, jangan malas dan perlu konsisten ok? Semoga bermanfaat dan selamat mencuba !

Cara nurul jaga penampilan untuk kekal awet muda, anak dah 3 orang tapi macam anak dara.

Ya korang, selain jamu nurul ada amalkan beberapa tips untuk menjaga kesihatan dalaman dan kekal langsing.

Tak kira yang belum kawin atau sudah punyai anak SUSU KUNYIT ni bagus untuk pencernaan dan sangat berkesan untuk pembuangan angin dalam badan dan juga mampu mencegah kanser.

Paling berkesan untuk pecahkan lemak bagi yang mau kurus ! Nurul lebih memilih cara tradisional berbanding yang modern.

Dengan rela hati nurul nak share air susu kunyit untuk sesiapa yang nak sentiasa awet muda dan body kekal ramping.

Rasa dia sangat sedap krupp krapp tergigit badam yang rangup rasa lemak2 manis susu mix badam. siyess sedap ! tak meloyakan, minum pagi sampai ke tengahari still lagi kenyang. Boleh minum 4 atau 5 kali seminggu.

Bahan-bahan :

Susu

Badam yang ditumbuk kasar

Kunyit dalam 2cm ditumbuk kasar

Madu

Masukkan 2 sudu madu, minum suam !


Untuk lebih jelas, jom kita ikuti video di bawah ini !

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password