Suspek rogol diseret keluar Balai, dibelasah hingga mati

 

KEMATIAN seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang dibunuh kejam selepas dirogol menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga hampir 1,000 orang melakukan rusuhan di depan sebuah Balai Polis di Arunachal Pradesh, Apur Bitin timur laut India.

Orang ramai berkumpul diluar lokap di Tezu sebelum meminta pihak polis menyerahkan dua orang suspek yang sedang ditahan reman Ahad lalu di balai itu, seperti yang dipetik dalam laporan Times of India.

Berang permintaan mereka tidak dituruti, kumpulan perusuh itu nekad menyerang balai polis sebelum mengheret kedua-dua suspek, Sanjay Sohor, 30 bersama rakan subahatnya, Jagdish Lohar, 25 dan membelasah mereka sehingga mati di sebuah pasar dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah hari.

Kumpulan itu meninggalkan kedua-dua suspek setelah membelasah mereka sebelum polis sempat tiba ditempat kejadian

.

rusuhan

Lima belas orang pegawai polis turut dilaporkan mengalami kecederaan dalam serangan di balai polis tersebut.

Kanak-kanak malang itu sebelum ini didakwa diculik pada 12 Februari lalu di rumahnya kampung Namgo.

Mayatnya ditemui dalam keadaan yang sangat menyayat hati lima hari selepas kehilangannya dalam keadaan tanpa seurat benang dan kepalanya dipenggal dalam sebuah ladang teh satu batu dari rumahnya.

Pihak polis ketika ditemubual seperti yang dilaporkan dalam The Times of India, dipetik sebagai menyatakan, Sohor mengakui menculik kanak-kanak itu dan merogolnya.

Ketika kanak-kanak itu mula menangis, dia mengambil parang milik Jagdish dan memenggal kepala mangsa sebelum kedua-duanya melarikan diri.

Susulan kematian kedua-dua suspek itu, pegawai tertinggi kerajaan negeri, Pema Khandu memerintahkan seorang majistret untuk menyiasat serangan yang dilakukan orang ramai.

Timbalan Pesuruhjaya, Apur Bitin juga menyatakan bahawa siasatan sudah dilakukan mengenai kejadian ini namun belum ada tangkapan dilakukan.

Beliau menambah bahawa keganasan terhadap wanita semakin meningkat di India walaupun undang-undang yang wajar telah digubal oleh kerajaan.—EdisiRakyat.com, 24 Februari 2018

Sumber : – EdisiRakyat

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password