Surat terbuka Mahathir kepada dunia Arab

ULASAN | Ke hadapan saudara seislam di Arab Saudi dan negara Teluk,
Ke hadapan saudara seislam di Yaman – Shiah dan juga Sunni,

Sebagai seorang Muslim, saya serta ramai lagi umat Islam, dan juga bukan Islam, di Malaysia ingin merayu kepada saudara kami agar menghentikan perang yang dahsyat ini.

Sudah ribuan yang terkorban. Sejuta anak-anak Yaman pula kebuluran.

Dengan kematian dan kemusnahan ini, tiada siapa pun yang akan menang. Semua pihak kalah.

Semoga ada belas ihsan terhadap rakyat tidak bersalah yang menjadi mangsa kepada perang ini.

Dunia tergamam melihat tragedi buatan manusia ini. Umat Islam merasa malu. Hentikanlah penyembelihan yang sia-sia.

Paling kurang, benarkanlah ubat-ubatan dan makanan dihantar kepada rakyat Yaman yang sakit dan kebuluran.

Saya ingin merayu kepada umat Islam di seluruh dunia agar melaksanakan ajaran agama dan melakukan segala yang termampu untuk menghentikan perang ini.

Semoga warkah ini diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Dr Mahathir bin Mohamad
Bekas Perdana Menteri Malaysia (1981-2003)


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ialah bekas perdana menteri yang kini menjadi pengerusi Pakatan Harapan serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Rencana ini adalah terjemahan daripada versi asal Bahasa Inggeris. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

 



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password