Sultan Johor titahkan JAIJ berhenti berurusan dengan JAKIM

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang juga merupakan ketua Agama Islam negeri itu, dilapor menitahkan agar Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhenti berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

sultan johor di UTHM

Titah itu susulan kritikan yang dibuat oleh seorang pendakwah, Zamihan Mat Zin, yang didakwa merupakan salah seorang pegawai Jakim, dalam satu ceramah agama di Selangor baru-baru ini.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di YouTube, Zamihan dalam ucapan yang tidak menamakan sesiapa, dikatakan berkata tidak betul bagi Sultan sebagai ketua Agama Islam Negeri mengeluarkan titah begitu.

Zamihan memohon ampun dan menafikan bahawa dia telah mengkritik Sultan Johor selepas video berkenaan menjadi tular.

Sultan Johor juga menitahkan agar mulai saat ini Jakim berhenti daripada memberi apa-apa pandangan tentang Johor.

“Beberapa orang mufti dan ulama Islam telah memberikan pandangan mereka berkenaan isu dobi (mesra Muslim) di Muar,”

“Malangnya, Zamihan telah mengkritik saya dan memandang rendah pandangan mufti dan ulama. Cara dia bercakap begitu sombong, seolah-olah hanya dia seorang yang betul,”

“Jika benar dia merupakan seorang pegawai Jakim, saya tak tahu dari mana jabatan jumpa dia kerana bagi saya, dia seperti tin kosong dan tiada otak,”

“Bila dia kena kecam tentang isu itu, dia menafikan segala yang dia katakan,”

“Selepas ini saya sudah arahkan JAIJ agar tidak membuang masa berurusan dengan Jakim, ganja tin juga tak perlu beri sebarang pandangan kepada negeri Johor,” titah Sultan Ibrahim dalam ucapannya di majlis pembukaan Konvokasyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini.

Dalam masa yang sama, Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak mahu lagi memanjangkan isu berkenaan dan telah memaafkan Zamihan.

Zamihan yang juga presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) telah ditahan oleh pihak polis pada 11 Oktober untuk disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Sumber — Yahoo News



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password