“Sudah Tiba Masanya Untuk Mencari Kepuasan Di Tempat Lain.” 6 Tahun Bersama Melodi, Awal Mengundurkan Diri..

“Sudah Tiba Masanya Untuk Mencari Kepuasan Di Tempat Lain.” 6 Tahun Bersama Melodi, Awal Mengundurkan Diri..

 

 

PENGACARA popular, Awal Ashaari mengesahkan tidak lagi menjadi pengacara program Melodi bermula tahun hadapan lapor Harian Metro.

Awal, 36, berkata sudah tiba masa sesuai dia mengundurkan diri selepas enam tahun bersama program hiburan nombor satu itu.

“Hujung tahun lalu saya pernah menghantar surat untuk berhenti. Namun, pihak penerbitan menolak dan mereka masih ingin menggunakan khidmat saya kerana belum berjumpa pengganti yang sesuai.


“Tahun 2018, sepatutnya saya digandingkan dengan dua pengacara baru, tetapi setelah berbincang, mereka akur dan menghormati keputusan saya.

“Bagi saya tempoh enam tahun agak lama bagi seseorang pengacara mengendalikan sesebuah program. Saya merasakan sudah lali dan terlalu selesa mengendalikan Melodi dan sudah tiba waktu untuk beralih angin.

Dalam masa sama, saya perlu memberi fokus kepada komitmen lain iaitu perniagaan dan kerjaya lakonan,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

 

Awal juga menafikan yang keputusannya meninggalkan progaram itu kerana sudah mendapat tawaran mengacara daripada stesen TV lain.

 

Malah, kemunculannya dalam program MeleTop baru-baru ini tidak ada kena mengena dengan keputusan dibuat.


“Perkara ini sudah lama dibincangkan, tetapi saya diamkan dahulu. Apabila tiba masa sesuai baru saya boleh umumkan kepada semua. Hari ini merupakan hari terakhir saya bersiaran langsung dalam Melodi diharap semua pihak maklum dengan keputusan ini.

“Kalau nak kata saya berundur sebab mendapat tawaran mengacara program lain, tidak benar sama sekali. Malah sebelum itu lagi saya sudah terbabit dalam beberapa program di stesen TV lain.

“Ingin dijelaskan, saya bukan wajah esksklusif mana-mana stesen TV, jadi bebas untuk bekerja dengan mana mana stesen sekaligus. Kalau selepas ini Melodi nak panggil saya jadi pengacara jemputan pun, saya okey. Tidak ada masalah,” katanya.

Awal turut berkongsi yang beliau banyak menimba pengalaman dan banyak belajar sepanjang mengelolakan program hiburan yang mempunyai rating tertinggi di Malaysia itu.

“Pernah suatu ketika saya suarakan antara cita-cita saya ialah untuk menjadi pengacara program Melodi dan alhamdulillah, saya tidak menyangka dapat kekal menghiburkan penonton dalam jangkamasa yang cukup lama.


“Saat ini, saya sudah cukup puas bersama Melodi dan sudah tiba masanya untuk mencari kepuasan di tempat lain,” katanya.

Sepanjang menjadi pengacara Melodi, Awal pernah digandingkan dengan Zizan Razak, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz dan AG Kool FM.

Pada masa sama, pengacara AG Kool FM juga mengumumkan untuk tidak meneruskan tugas sebagai pengacara Melodi 2018.Sumber:  Harian Metro.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password