SUDAH SETAHUN BERTUNANG

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: SUDAH SETAHUN

Walaupun sudah setahun mengikat tali pertunangan, pelakon Remy Ishak, 36, memberitahu dia dan tunangnya, Ezza Yusof masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Remy berkata, pada tahap sekarang mereka masih dalam proses mengenali dan mempelajari tentang diri masing-masing selain faktor komitmen kerja membantutkan perancangan berkahwin.

“Jujurnya kami berdua belum bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan mengambil tempoh bertunang ini untuk betul-betul memahami pasangan.

“Perancangan asal pun bertunang selama dua tahun jadi masih ada masa… sekarang pun kami berdua sangat sibuk dengan pelbagai komitmen kerja,” katanya yang mengikat tali pertunangan dengan Ezza pada 1 Mei tahun lalu.

Tidak menolak hubungannya dengan Ezza pernah dilanda badai, Remy bagaimanapun menganggap ia sebagai ujian dalam mematangkan mereka sebagai satu unit.

Jelasnya, dalam tempoh pertunangan inilah mereka dapat menguji diri sendiri sama ada cukup bersedia atau tidak untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Macam mana hendak berkahwin kalau masalah dan dugaan yang datang sekarang pun tak boleh diselesaikan?

“Tempoh bertunang inilah kita belajar dan persiapkan diri dan kami berdua tahu masih belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan,” ujarnya.

.

.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password