Subsidi minyak burukkan lalulintas dan alam sekitar kata Najib

 

CADANGAN pembangkang untuk berikan semula subsidi minyak akan menggalakkan ketidak seimbangan kenderaan peribadi dan mengorbankan alam sekitar kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib menolak kempen Pakatan Harapan dengan menyifatkannya sebagai populis dan bercanggah dengan usaha dunia untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mencegah perubahan cuaca.

“Mereka buat janji-janji kosong seperti mengembalikan subsidi minyak, ini akan membuatkan lebih banyak kereta di atas jalan dan meningkatkan kesan karbon,” kata Najib seperti yang dipetik oleh Malay Mail.

subsidi minyak

Menurut Najib pentadbirannya telah menunjukkan komitmen untuk membantu dunia mengurangkan perubahan cuaca.

“Kita jangan letakkan kepentingan politik melangkaui kepentingan Rakyat,” katanya.

Mungkin bagi Najib jika bagi subsidi kepada bahan api, harga minyak jadi lebih murah maka orang ramai akan berbondong-bondong melenjan kenderaan mereka di jalanraya sekaligus meningkatkan pelepasan karbon dioksida ke udara.

Namun hakikat sebenarnya, harga minyak mahal atau murah, rakyat terpaksa membeli minyak kerana perlu mencari rezeki setiap hari menaiki kenderaan ke tempat kerja.

Tujuan subsidi minyak adalah untuk menstabilkan harga minyak, kerana minyak adalah komoditi yang sangat sensitif, kenaikan harga minyak akan mengakibatkan harga barang keperluan harian juga meningkat sekaligus membebankan rakyat bawahan.

Namun orang seperti Najib mana faham kesusahan rakyat, minyak kereta pun dia tak pernah bayar, semua kerajaan yang tanggung dari kutipan duit rakyat.

Bila rakyat mahu harga minyak murah, Najib keluarkan alasan bodoh takut kereta banyak di jalanraya.

Kepala bapak kau! (Pinjam ayat Najib)

Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password