Suami Ziana Zain berdepan dua kali ganda hukuman, tiada kelibat ahli keluarga yang hadir

Suami Ziana Zain berdepan dua kali ganda hukuman, tiada kelibat ahli keluarga yang hadir

 

Selepas didakwa kerana merotan anaknya sehinga mendatangkan kecederaan dan lebam, suami Ziana Zain, Armin Zaharin akan berdepan dengan hukuman lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan yang dikemukakan.

Sekiranya mengikut pertuduhan, Armin yang berkerja sendiri, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Berikutan itu, Armin berdepan dengan hukuman dua kali ganda berbanding Seksyen 324 yang menetapkan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Walau bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan pindaan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam pada 25 Februari lalu.

.

Apa yang menyedihkan, Armin kerap menoleh ke galeri awam seolah-olah mencari individu yang mengenalinya namun tiada kelibat ahli keluarga termasuk isterinya, Ziana.

Sumber : Astro Awani

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password