Suami mesra dengan ‘stylist’ Kylie Jenner, buat Scha Alyahya cemburu?

Suami mesra dengan 'stylist' Kylie Jenner, buat Scha Alyahya cemburu?

Sebelum ini, pelakon Scha Alyahya telah dikecam apabila gaya potongan rambutnya kelihatan seperti sayur kobis malah lebih teruk lagi apabila ada di antara mereka mengatakan rambutnya seperti rumput.

Namun, hidup ini bukan sentiasa berada di bawah selepas dikecam teruk oleh netizen, rezeki pelakon drama Ti Amo, Sweetheart 100 Hari itu melimpah-ruah apabila ‘terbang’ Jepun untuk satu majlis acara yang dijayakan oleh Shiseido.

Menerusi laman Instagram pelakon berusia 35 tahun itu, Scha kelihatan bahagia bersama keluarga kecilnya di ketika berada di sana.

Namun, baru-baru ini pelakon tersebut telah menunjukkan rasa cemburu terhadap suaminya, Awal Ashaari menerusi kapsyen di sebuah posting.

Posting tersebut telah menarik perhatian peminatnya untuk memberikan komen dengan mengatakan Awal ‘membalas dendam’ kerana Scha pernah bergambar dengan pelakon Hollywood, Chris Hemsworth tempoh hari.

.

.

Namun ada juga di antara mereka mengatakan Scha berasa cemburu mungkin kerana sedang hamil apabila menunjukkan sifat kebudak-budakan dalam dirinya.

.

.

.

Sumber : Scha Al Yahya

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password