Suami isteri bergelar doktor, ini sekitar majlis perkahwinan puteri sulung Ziela Jalil. Tahniah!

Suami isteri bergelar doktor, ini sekitar majlis perkahwinan puteri sulung Ziela Jalil. Tahniah!

Tidak mengambil masa yang lama, anak kepada pelakon dan juga penerbit, Datuk Ziela Jalil iaitu Dr Puteri Julia Nabilah selamat bernikah pada Ahad selepas mengikat tali pertunangan pada 12 Mei lalu.

Puteri sulungnya itu telah diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri dengan jejaka pilihan hatinya, Dr Dziya Faqhran Datuk Mahmod Fauzi.

Selain ahli keluarga dan saudara mara, rakan-rakan selebriti ibunya turut kelihatan hadir bagi meraikan majlis yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur itu.

Ziela menerusi beberapa posting di laman Instagram miliknya berkongsi detik-detik indah majlis perkahwinan anak perempuan yang berusia 25 tahun itu dari majlis khatam al-Quran, berinai dan akad nikah.

Kenangan ini sudah tentu amat bermakna buat pemilik produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu apabila membesarkan anak-anaknya sendirian selepas kematian arwah suami, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Jom kita tengok di antara gambar yang dikongsikan di sekitar majlis tersebut. Memang cantik dan manis seri pengantin!

.

.

.

Sumber : Ziela Jalil , Julia Junid

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password