Stress mana pun kau di tempat kerja, janganlah pulang ke rumah bermasam muka dengan anak bini…

Stress mana pun kau di tempat kerja, janganlah pulang ke rumah bermasam muka dengan anak bini…

Teruk mana pun dugaan di tempat kerja, kau tak usahlah pulang bawa muka masam dan kelat. Isteri dan anak-anak di rumah tak sabar nak tunggu kepulangan kau. Kalau asyik muka bengis, lama kelamaan mereka tawar hati. Elok bawa pulang buah tangan.

Isteri adalah hati dalam sesebuah keluarga. Jika isteri tak gembira, maka seisi rumah akan turut tak gembira. Anak-anak akan kuat meragam, makan minum tak terjaga, rumah tak terurus, walaupun rumah itu ada pembantu rumah. Jadi, jaga hati isteri baik-baik.

Kalau isteri marah, cepat-cepatlah pujuk. Tak usah biarkan isteri keluar rumah dengan hati sedih dan terluka. Di luar sana ramai lelaki baik yang inginkan wanita yang baik-baik, seperti isteri kau. Jadilah lelaki yang terbaik buat isteri kau yang baik tu.

Isteri akan cepat syak wasangka jika kau selalu menyembunyikan status perkahwinan. Oleh itu, kalau pergi mana-mana majlis, elok bawa sekali isteri. Kenalkan dia pada kawan-kawan kau. Tapi kalau dia tak mahu ikut, tak usahlah dipaksa. Pujuk elok-elok.

Kalau jumpa orang tulis pasal nasihat untuk isteri. Kau jangan pergi tag isteri pada pos tu. Jangan share dekat wall dia. Share kat wall kau sudahlah. Jangan risau, isteri kau baca juga nanti. Kalau kau tag dia, takut dia terkilan.

OK, lima sahaja cukuplah. Orang lelaki ni tak suka membebel dan dibebel.

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password