Stanza Ben Nathan tak lagi sepi hujung tahun ini

Penyanyi Stanza Sepi Sekeping Hati yang pernah menjadi gelandangan, Ben Nathan, dijangka muncul dengan lagu terbaru hujung tahun ini.

Dan untuk menjayakan rancangan itu Ben Nathan akan diterbangkan ke Jakarta, Indonesia untuk proses rakaman single berkenaan.

Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave, berkata pihaknya akan menerbangkan Ben ke Jakarta untuk menguruskan segala proses bagi merakamkan lagu.

“Saya sudah berbincang perkara ini dengan Tan Sri Jojo (Syed Mohd Yusof Syed Nasir) yang ketika ini berada di UK.

“Persiapan studio sudah dibuat. Insya-Allah kami jangka akan bawa Ben Nathan ke Jakarta pada sekitar November atau Disember depan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Kisah hidup Ben Nathan mula menjadi perhatian selepas rakaman video mengenainya dimuat naik di media sosial dan menjadi tular pada Februari lalu.

Berat badan naik

Bagaimanapun hidup Ben Nathan dipercayai sudah tidak terurus dengan sempurna selama kira-kira 20 tahun.

Selepas ‘diselamatkan’ Ben Nathan menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui keadaan sebenar dirinya.

Ben Nathan juga pernah menyatakan impiannya untuk mengerjakan umrah di samping merakam video muzik di Mekah.

Menurut DJ Dave, penyanyi itu djangka menerima tiga lagu hasil nukilan komposer dari Indonesia dan Malaysia untuk dipilih mengikut kesesuaian suaranya.

“Kami masih menunggu dua lagu yang akan dihantar menerusi e-mel dari Jakarta dalam waktu terdekat ini,” katanya.

DJ Dave berkata satu lagi lagu ialah hasil gubahan Datuk M Nasir.

Dalam perkembangan lain, DJ Dave memaklumkan kesihatan Ben Nathan semakin baik dan dia kini ditempatkan di bawah jagaan sebuah pusat kebajikan di Petaling Jaya.

“Alhamdulillah, berat badan Ben naik hingga 5 kilogram, dia sihat dan gemuk sekarang.

“Pertuturan Ben juga semakin baik cuma dia masih perlu pergi mendapatkan rawatan susulan yang mungkin akan memakan masa hingga dua tahun, bergantung kepada nasihat doktor,” katanya.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password