SPRM tahan tiga ahli politik

SPRM hari ini menahan dua pemimpin pemuda Umno serta seorang pemuda Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Menurut sumber, mereka yang ditangkap adalah Ketua Wira WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar, dan Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (operasi) Azam Baki mengesahkan penahanan itu.

Timbalan Presiden WARISAN, Darell Leiking mengesahkan penahanan Mohd Azis ketika dihubungi.

Malaysiakini juga sedang menghubungi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berhubung tangkapan ke atas Jamawi. Jamawi adalah pegawai khas kepada menteri itu dan juga Ketua Pemuda Tenom.

Ketiga-tiga mereka dipercayai ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah yang dianggarkan sekitar RM1.5 bilion.

Difahamkan mereka akan dibawa ke mahkamah esok untuk tujuan reman.



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password