Spad kemuka tiga pilihan kepada Sultan Johor

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) telah mengemukakan tiga pilihan kajian berhubung projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Woodlands, Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Menurut laman Facebook baginda, pegawai Spad berkata projek itu akan memberi manfaat kepada 80,000 hingga 100,000 orang setiap hari.

“Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata RTS mampu menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor,” kata catatan di Facebook baginda.

RTS adalah projek kereta api dua stesen dan sistem itu dijangka beroperasi pada tahun 2024.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk landasan yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.

Baginda, sebaliknya, mencadangkan penjajaran yang lurus. Berikutan itu, Putrajaya berjanji mengkaji cadangan itu.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password