Siti makin berseri dengan gelaran Datuk Seri

Rezeki orang berbadan dua.

Baru mengumumkan hamil empat bulan selepas berumah tangga selepas 11 tahun, hari ini Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dikurniakan pingat kebesaran Pahang membawa gelaran Datuk Seri.

Anugerah itu diberi sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan diadakan di Istana Abu Bakar di Pekan.

Menyatakan penghargaannya Siti Nurhaliza berkata semoga anugerah itu akan menjadikannnya rakyat Pahang yang berbakti kepada agama, bangsa, negeri dan negara.

 

 

“Alhamdullillah, patik menjunjung kasih atas pengurniaan darjah kebesaran ini dan semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada agama, bangsa, negeri dan negara Patik.

“Menjunjung kasih tuanku sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,” katanya di Instagram.

Pingat Sri Sultan Ahmad Shah Pahang itu dikurniakan oleh Pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Siti, 38, adalah seorang daripada empat selebriti yang dianugerahkan gelaran oleh Pahang hari ini.

Turut mendapat gelaran Datuk Seri ialah pelakon Datuk Eizlan Yusof, 45, serta seniwati veteran Datuk Maria Menado turut menerima gelaran sama.

Pelakon yang berasal Singapura, Adi Putra pula menerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Seorang lagi penerima DIMP ialah pereka fesyen, Jovian Mandangie.

 

 

Siti adalah penyanyi yang dilahirkan oleh pertanding bakat oleh RTM dan dilahirkan di Temerloh namun kemudian dibesarkand i Kuala Lipis.

Beliau berumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 2006.

Turut hadir di istana tadi, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password