“Sikap ko ni dah merosakkan bidang kerja kami” – Arash Mohd

“Sikap ko ni dah merosakkan bidang kerja kami” – Arash Mohd – MEDIA OHSEM

 

SEREMBAN: “Abang cuma nak tegur, jangan gunakan industri ini sebagai medium meraih populariti. Akibatnya kami merana kerana ia dirosakkan dengan tingkah laku anda,” kata pelakon, Arash Mohd, 49 yang kecewa dengan segelintir usahawan kosmetik yang kini bergelar selebriti dalam negara.

Arash berkata, seorang demi seorang usahawan itu muncul dan kehadiran mereka memberi kesan negatif terhadap industri hiburan.

“Apa yang diperhatikan adalah industri ini semakin tercalar bukan saja dengan nyanyian dan lakonan (mereka), malah dengan tingkah laku.

“Kita tidak tahu daripada datangnya usahawan selebriti.. tiba-tiba nak menyanyi, buat filem dan mahu disanjung,” katanya memberi penjelasan selepas memuat naik kekecewaannya di laman Facebook, semalam.

Menurut Arash, pembabitkan usahawan selebriti bukan saja menghasilkan lakonan dan nyanyian tidak berkualiti, malah menampilkan sikap ‘syok sendiri’.

“Lihatlah sikap mereka di media sosial. Mengadu penat berlakon. Malah sedikitpun tidak boleh dikritik apabila netizen tidak menyukai filem berkenaan,” katanya.

Arash mengingatkan, usahawan selebriti perlu sedar tindakan mereka boleh mempengaruhi generasi muda yang tidak mengetahui apa-apa.

“Teguran ini juga buat pihak berkaitan yang bekerjasama demi kepentingan wang. Sedarlah industri hiburan mempunyai eksklusif dan jangan biarkan ia tercalar,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Arash berpendapat, kehadiran usahawan selebriti sekadar mahu mencari populariti demi melariskan produk.

“Disebabkan itu mereka menyelit dalam industri sedangkan pelakon lama bertatih dari bawah untuk menghasilkan produk berkualiti. Mereka memang ada wang tetapi tidak boleh membeli jiwa penonton,” katanya.

Jelasnya lagi, selebriti usahawan juga gemar melakukan sesuatu yang mudah tular untuk mendapatkan populariti.

“Saya kesal dengan situasi ini sedangkan dulu tidak berlaku. Jangan menunjuk-nunjuk sangat, jangan syok sendiri dan jangan memuji diri sendiri. Usahawan kosmetik dengar apa saya nak tegur, apa yang kamu lalui kami sudah lama tempuhi, jadi kasihanilah industri hiburan,” katanya.

Sumber : BH via infomamak.com

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password