Siapa Sangka Masker Halba D.I.Y Ini Boleh Basmi Jerawat Dengan Mudah

Memiliki kulit wajah yang bebas dari jerawat dan masalah lain merupakan idaman setiap orang terutamanya kaum wanita yang sangat mementingkan kecantikan wajah.

Terdapat banyak petua turun-temurun yang digunakan untuk menghapuskan jerawat di wajah selain dari ubat-ubatan yang terjual di farmasi dan toko-toko jamu.

Entri kali ini berkongsi tentang cara membasmi jerawat menggunakan masker halba yang dibuat sendiri oleh Zilla Janis di laman facebooknya.

Apa yang menariknya, masker ini hanya menggunakan bahan-bhan yang sangat mudah didapati tetapi memiliki pelbagai khasiat yang berguna kepada tubuh badan.

Mari ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat.

Bestnyeee! Masker halba ni. Harini zilla nak kongsi dengan korang tentang masker halba.

Memacam boleh buat dengan halba ni kan. Selain boleh buang angin dan kempiskan perut. Halba bagus untuk basmi jerawat kat muke.

Biasala kekadang jerawat ni beronok ronok pulak naik tak dijemput. Lelagi kalau besok ade event. Kacau daun betul.

Okey jangan buang mase. Jom buat. Senang yakmat!

1 genggam halba.
1 sudu teh asam jawa.
Air sesudu makan.

Blendkan halba sampai halus. Pakai blend kering ye. Jangan buh air tau.
Bile dah siap buh halba dalam mangkuk lepastu bolehla letak air sikit. Zilla suke nak tambah asam jawa sikit. Khasiat asam jawa kat bawah zilla senaraikan.

Dah letak semua bahan bahan tadi. Gaul rata. Pastu gosok kat muke ataupon kat badan. Biarkan 15minit. Lepastu bilas dengan air.

Kulit muke licin dan lembut je macam sutera dari china. Best sangat pegang. Nak pegang lelame je. Tangan macam kene gam pulak. Tapi takpela. Muke sendirikan. Kalau muke orang lain mau kene lepuk. Sesiaaa. Hahahaha.

Seperti dijanjikan zilla nak #share kebaikan asam jawa dengan korang.

1. Mencerahkan kulit.
2. Memudarkan selulit.
3. Mengangkat sel sel kulit mati.
4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah.
5. Mengurangkan tanda penuaan.
6. Memudarkan kesan hitam pada leher.
7. Melembabkan kulit.
8. Mengurangkan jerawat dan jeragat.

Banyakkan khasiat asam jawa. Bukan aje sedap dicampur dalam makanan. Tapi untuk kulit. Untuk kesihatan dalaman dan rambut pon sangatlah bagus.

Sumber- Zilla Janis

 

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password