“Siapa perempuan puaka tu?” – Tuduh Syafiq Kyle curang, Ramona luah perasaan di Instagram

"Siapa perempuan puaka tu?" – Tuduh Syafiq Kyle curang, Ramona luah perasaan di Instagram

Pelakon Syafiq Kyle hari ini telah dihambat kontroversi setelah rakaman panggilan video seks bersama ‘wanita’ dikenali sebagai Mira tular di laman sosial.

Di dalam video yang berdurasi 22 saat itu, pemegang watak Ustaz Adam dalam drama Nur itu dilihat sedang berbaring di atas sofa dan berdiri di dalam bilik air tanpa memakai baju.

Kontroversi yang telah mendapat perhatian ramai orang antaranya seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Ramona.

Mungkin ‘kecewa’ dengan tindakan Syafiq Kyle yang dianggap berlaku curang kepadanya, Ramona kemudiannya telah meluahkan perasaan beliau di Instagramnya.

bulan2 puasa ni ramona tahan je napsu ramona ngan abang syafiq, tapi abang curang😢 siapa ponpuan puaka tu!

Luahan Ramona atau lebih dikenali sebagai Nizam Rahman itu kemudiannya telah mendapat perhatian pengikut-pengikutnya yang terhibur dengan cara nakal Nizam mengusik Kyle di kala pelakon kacak itu sedang dilanda kontroversi.

Namun, terdapat juga segelintir netizen yang berasa tidak senang dengan perkongsian ‘Ramona’ itu yang dianggap cuba meraih publisiti di atas kontroversi orang lain.

Meskipun sudah hampir tempoh 24 jam video tersebut tersebar di internet, namun setakat ini tiada sebarang pengesahan mengenai video itu daripada Kyle sendiri.

Sumber : IG Nizam Rahman

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password