“Siap bawa family bercuti, manjakan isteri…” – Akrab dengan mentua, sikap Fattah Amin semakin digilai peminat

"Siap bawa family bercuti, manjakan isteri…" – Akrab dengan mentua, sikap Fattah Amin semakin digilai peminat
Pernah memberi sebuah kereta Peugeot kepada ibu bapanya setelah merangkul trofi Bintang Paling Popular ABPBH 3.0, jadi tidak hairan sekiranya pelakon popular Fattah Amin bersifat pemurah terhadap keluarganya termasuk isteri kesayangan, Nur Fazura.Bukan sahaja bersikap romantis, pelakon yang membintangi filem KL Special Force itu juga sering membuat kejutan dengan menghadiahkan barangan idaman isterinya pada waktu-waktu tertentu.

.

Baru-baru ini, pasangan yang telah menjalani kehidupan berumah tangga sejak November tahun lalu itu meluangkan masa bersama untuk bercuti di Bali, Indonesia.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram oleh salah seorang peminat mereka Imani Imtiyaz, admin page berkenaan telah memuat naik sebuah Insta Stories mengenai pasangan tersebut.

Rakaman video berdurasi 13 saat itu kelihatan Fazura memuji kecantikan beg ‘clutch’ yang dibeli oleh suami untuk dirinya serta tidak lupa mengucapkan terima kasih atas pemberian hadiah tersebut.

Walaupun sibuk dengan jadual harian yang padat, pasangan berkenaan sempat menguruskan masa sebaiknya kerana turut meluangkan masa membawa ahli keluarga kedua pihak bercuti pada bulan lalu.

.

.

Rata-rata pengikut pasangan pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu sentiasa teruja melihat saat bahagia artis kesayangan mereka terutama ketika bersama keluarga.

.

.

.

Sumber : Imani Imtiyaz

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password