Si Comel Pipi Merah dah balik rumah

Si Comel Pipi Merah dah balik rumah – MEDIA OHSEM
PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dibenarkan keluar hospital selepas selamat bersalin anak perempuan, Isnin lalu.

Menerusi perkongsian video pengurusnya, Rozi Abdul Razak, di laman Instagram miliknya, Siti kelihatan ceria dan sihat.

Dalam video berdurasi 44 saat itu, Siti turut merakamkan terima kasih kepada doktor dan semua jururawat bertugas yang sudah menjaganya sepanjang lima hari.

“Saya nak mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh kakitangan dan keluarga pusat perubatan Gleaneagles terutama kepada doktor, jururawat dan semua kakitangan yang terbabit membantu dan menjaga saya serta anak saya sepanjang di sini,” katanya.

Menerusi status yang sama, Rozi turut menyatakan kerjasama baik daripada pihak hospital adalah saat yang tidak mungkin dilupakan Siti dan ahli keluarga.

“Terima kasih, semoga khidmat, bakti dan jasa kalian dirahmati Allah. Selamat pulang buat ibu dan anakanda Comel Pipi Merah ke rumah.

“Berehat dan nikmatilah hari-hari bahagia kalian,” tulisnya.

Terdahulu, Siti memilih untuk berpantang selama 44 hari dan dibantu pihak Natalis Mother Care yang menyediakan perkhidmatan berpantang.

Untuk tempoh seminggu ini, bayi perempuan Siti dipanggil Fatimah Az-Zahra sebelum namanya diumumkan secara rasmi selepas hari ketujuh kelahiran.

Bayi perempuan itu adalah anak pertama Siti selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Sebelum ini umum mengetahui penghibur kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menamatkan penantian selama 11 tahun apabila telah selamat melahirkan cahaya perempuan yang di sebuah hospital swasta beberapa hari lalu.

Namun, bagi melahirkan rasa syukur terhadap kelahiran itu, suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa amat berbesar hati mengundang Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri pada hujung minggu ini bagi menyempurnakan tahnik, cukur rambut sempena majlis akikah anaknya.

Buat sementara waktu, bayi tersebut hanya dipanggil Fatimah az-Zahra sempena nama anak Rasulullah SAW. Menurut Datuk K juga, nama penuh puteri sulungnya itu akan diumumkan semasa majlis akikah kelak.

Tambah Datuk K, isteri dan anaknya dalam keadaan sihat namun masih dalam pemantauan doktor di hospital agar betul-betul sihat sepenuhnya sebelum pulang ke rumah.

Sumber : hmetro.com

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password