Shashi Kapoor Meninggal Dunia – Siakap Keli News

 

Pelakon veteran Bollywood, Shashi Kapoor, meninggal dunia pada usia 79 tahun selepas dimasukkan ke hospital kelmarin, kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Menerusi laporan yang dipetik dari berita Times of India, Pengarah Eksekutif Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani, Dr Ram Narain, berkata “Shahshi Kapoor meninggal dunia pada 5.20 petang, 4 Disember di Hospital Kokilaben. 

Jelasnya, pelakon itu mempunyai masalah buah pinggang dan menjalani dialisis sejak beberapa tahun lalu.

Shashi memulakan karier lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem arahan bapanya Prithviraj Kapoor pada 1948. Antara filem lakonannya yang terkenal ialah ‘Deewaar (1974), ‘Kabhi Kabhie’ (1975), ‘Satyam Shivam Sundaram’ (1978), ‘Junoon’ (1978), ‘Shaan’ (1980) dan Namak Halaal’ (1982).

Pada 2011, beliau menerima anugerah Padma Bhushan oleh kerajaan India dan pada 2015, menjadi orang ketiga dalam keluarganya menerima Anugerah Dadasaheb Phalke.

Shashi mendirikan rumah tangga dengan pelakon British, Jennifer Kendal.

Sumber-  The Times Of India

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password