Shah Rukh Khan jadi lelaki kerdil

 

Selepas membiarkan jutaan peminatnya menunggu berbulan-bulan, bintang Bollywood Shah Rukh Khan akhirnya mendedahkan promosi projek koloborasinya dengan pengarah Aanand L Rai.

Melalui Twitter, aktor berkenaan mengumumkan tajuk filem terbarunya iaitu Zero, dan malah memuatnaik klip video berdurasi seminit filem itu.

Menerusi video itu, dia nampaknya bakal membawa watak yang belum pernah dibawanya sepanjang lebih 30 dekad bergelar pelakon.

Dalam Zero, Shah Rukh menjadi lelaki kerdil.

Iklan acah yang disiarkan bermula 1 Januari lalu itu menyelitkan beberapa kata sifat seperti paagal (gila), aashiq (kekasih), shaayar (penyair), dan makkar – kesemuanya merujuk kepada karakter dibawa Shah Rukh.

Sedutan nyanyian lagi klasik Iss Diwane Dilne Kya Jadoo Chalaya dendangan Mohamed Rafi dalam iklan acah itu membuatkan karakternya itu nampak mantap.

Filem yang dijadual tayangan pada 21 Disember 2018 itu turut menampilkan pelakon Anushka Sharma dan Katrina Kaif.

Ketiga -tiga pelakon itu sebelum ini pernah bekerjasama dalam filem Jab Tak Hai Jaan arahan sutradara terkenal Bollywood, Yash Chopra.

Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password