Setelah menanti penuh kesabaran, The Rock akhirnya timang cahaya mata perempuan

Setelah menanti penuh kesabaran, The Rock akhirnya timang cahaya mata perempuan

Siapa yang tidak mengenali bintang Hollywood iaitu Dwayne Johnson atau lebih terkenal dengan nama The Rock? Tak sangka dalam diam-diam pelakon filem Rampage itu selamat menimang cahaya mata ketiganya, semalam.

Berita gembira itu dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya berkongsi gambar bayi perempuan yang diberi nama sebagai Tiana Gia Johnson.

Bukan sekadar bersyukur dan gembira dengan kelahiran tersebut, The Rock juga turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Lauren Hashian kerana berjuang serta bergadai nyawa ketika melahirkan bayi comel berkenaan.

“Aku selalu dibesarkan dan dikelilingi dengan wanita yang kuat serta penyayang.

“Setiap selepas kelahiran dan kehadiran Tiana, saya rasa sangat bersyukur dan kagum dengan kecekalan Lauren serta semua wanita yang pernah berjuang untuk melahirkan anak.

“Kepada lelaki, sentiasa lah bersama isteri kerana pengorbanan mereka melahirkan anak tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan pastinya hidup seorang lelaki akan berubah setelah memiliki anak,” tulisnya menerusi kapsyen.

Terdahulu, aktor berusia 46 tahun itu pernah berkahwin dengan Dany Garcia dan dikurniakan seorang puteri, Simon Garcia.

Sumber : The Rock

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password